13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Flat Bunga Raya,Pandamaran - Pangsapuri Prima Bayu - Pangsapuri Bayu Villa - Pangsapuri Vista Bayu

Satu lawat periksa telah dilakukan pada 7/1/2010  berkenaan aduan di lokasi berikut :-

Flat Bunga Raya;
-       Pintu rumah sampah telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
-       Tiada JMB / MC ditubuhkan.
-       Penduduk mengutip bayaran penyenggaraan  sebanyak RM7 sebulan untuk kos lampu di koridor.
-       Bangunan di bina pada tahun 1969 dan mempunyai 4 tingkat dan 80 unit.

Pangsapuri Prima Bayu ;
-    Ejen pengurusan yang bertanggungjawab menyelenggara adalah Allied Group Properties Services (KL).
-          Bayaran penyelenggaraan adlah RM 194.50 sebulan.
-          Terdapat 176 unit. Blok A – 80 unit dan Blok B – 96 unit.
-          Dari segi pengurusan bangunan tiada masalah dan sampah dikutip setiap hari.

Pangsapuri Vista Indah Putra ;
-          Ejen Pengurusan yang bertanggungjawab menyelenggara adalah VIP Management Sdn Bhd.
-          Terdapat 4 blok dan mempunyai 561 unit.
-          Belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
-          Bayaran penyelenggaraan adalah RM85 sebulan.

Pangsapuri Bayu Villa ;
-          Terdapat tokong cina yang dibina secara haram di kawasan “ruang guna bersama”.
-       Terdapat rumah sampah dimana bumbung rumah sampah tersebut tiada dan sampah diletakkan berlonggok di dalam rumah sampah itu.
-          Kawasan sekeliling dalam keadaan baik dan diselenggara.






-    Ejen pengurusan yang bertanggungjawab menyelenggara adalah Allied Group Properties Services (KL).