24/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI VISTA BAYU APARTMENT, TAMAN BAYU PERDANA



Satu lawat periksa telah dilakukan pada 16.03.2011 berkenaan aduan daripada pemilik rumah berkenaan kebocoran paip di dalam unit rumah pengadu.

Hasil lawat periksa pihak kami, terdapat lelehan air dari siling rumah mengalir ke lantai rumah pengadu. Pengadu telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi tiada maklumbalas dan tindakan susulan.

Walaubagaimanapun, pihak kami jelaskan kepada pengadu berkenaan perkara tersebut, kebocoran didalam unit adalah tanggungjawab di antara pemilik unit atas dan pemilik unit bawah. Mereka perlu berkerjasama untuk menyelesaikan masalah kebocoran tersebut. Pihak COB hanya akan menbantu dari segi pengeluaran surat arahan agar pemilik unit atas dan unit bawah untuk memberikan kerjasama.