Satu lawat periksa telah
dilakukan pada /3/2011 adalah bertujuan pemantauan kawasan di lokasi berikut :-
Pangsapuri Cempaka ;
Lawat periksa telah dibuat di
Pangsapuri Cempaka berkenaan permasalahan lif yang masih belum dibaiki oleh
pihak penyelenggaraan dan pengurusan bangunan, Daya Tarikan Sdn Bhd. Setelah
pemantauan dibuat, didapati hanya satu lif berfungsi daripada tiga lif yang
sedia ada. Keadaan pangsapuri juga kelihatan tidak diselenggara dengan baik.
Dari segi kutipan sampah, tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan
sampah-sampah mula bertaburan dan berlonggok diluar tong sampah.
Pangsapuri Mawar ;
Lawat periksa telah dibuat bagi
tujuan pemantauan kawasan dan didapati keadaan pangsapuri tidak diselenggara
oleh pihak pengurusan bangunan. Khidmat lif juga tidak memuaskan hati penduduk
kerana hanya terdapat satu lif saja yang berfungsi daripada dua lif yang sedia
ada. Dari segi kutipan sampah, tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan
sampah-sampah mula bertaburan dan berlonggok diluar tong sampah.
Pangsapuri Dahlia ;