Aduan : Longgokan sampah di unit atas bangunan
Lokasi Aduan : Restoran Taman Wangi, No. 1774 Tingkat Bawah,
Jalan Tepi Sungai.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 21/09/2011 @ 3.15 p.m
Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang
dinyatakan dan pemerhatian pihak kami mendapati ruang koridor telah dijadikan
tempat pembuangan sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Saluran air
hujan juga turut tersumbat dengan pelbagai objek dan menyebabkan kawasan koridor
akan dipenuhi air hujan dan keadaan tersebut menyebabkan aliran air hujan melalui
tangga bangunan dan mengalir mengenai unit-unit yang di bawah. Mohon pihak yang
berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.