22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa














Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa ;

Lawat periksa telah dibuat pada 30/03/2011 bertujuan memantau kerja-kerja pembaikan tangki air dan saluran paip yang bocor.

Hasil daripada lawatan pihak kami, kerja-kerja pembaikan tersebut sudah dibuat tetapi pihak pengurusan hanya membaiki paip saluran air dari tangki ke unit-unit rumah yang bocor saja. Tangki air tidak dibaiki dan keadaan tangki yang amat uzur dan boleh mengundang bahaya kepada bangunan dan penghuni pangsapuri. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memantau perkara tersebut dari masa ke semasa sehingga masalah tersebut selesai.