13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya - Pangsapuri Bayu Villa


Satu lawat periksa telah dilakukan pada 3/3/2010 berhubung aduan yang di terima di lokasi berikut :-

Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya ;

Aduan adalah berkenaan dengan salahguna tanah yang sepatutnya dijadikan taman permainan tetapi dijadikan tokong cina. Selain itu,isu lif yang tidak berfungsi di setiap blok juga menjadi masalah di pangsapuri tersebut. Selain itu, banyak kes vendalisme berlaku disitu.

Pangsapuri Bayu Villa ;

Aduan dibuat oleh pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dimana kedai makan yang terdapat di pangsapuri tersebut tidak mementingkan kebersihan dan keselamatan penghuni disitu kerana minyak masak mengalir di atas lantai. Ini menyebabkan lantai tersebut menjadi licin dan ada penduduk beberapa penduduk tergelincir dan membuat aduan kepada pihak JMB.