15/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Sri Proton, Jalan Kebun - Rumah Kedai Jalan Raja Nong, Taman Saga 3






Satu lawat periksa telah dilakukan pada 15/12/2010 berhubung aduan yang di terima di lokasi-lokasi berikut :-

Pangsapuri Sri Proton, Jalan Kebun

- Lawat periksa dibuat bagi tujuan pemantauan kawasan dan pengumpulan data bagi skim Strata. Terdapat 408 unit kediaman, 2 unit blok untuk pangsapuri 5 tingkat dan 1 unit blok untuk pangsapuri 8 tingkat. Pemaju bagi hartanah tersebut adalah Proton Properties Sdn Bhd. Dari segi penyelenggaraan pula, di dapati kawasan pangsapuri dijaga dan diselenggara sepenuhnya. Kutipan sampah juga mengikut jadual yang ditetapkan. Dari segi keselamatan pula, terdapat 2 orang Pengawal Keselamatan di pintu masuk ke pangsapuri.


Rumah Kedai Jalan Raja Nong, Taman Saga 3

- Lawat periksa dibuat bagi tujuan pemantauan kawasan dan pengumpulan data bagi skim Strata. Hasil dari kerja-kerja pemantaun kawasan dan pengumpulan data bagi kawasan pemajuan Rumah Kedai Jalan Raja Nong, Taman Saga 3, mendapati bangunan tersebut adalah bangunan baru dan sudah 100% siap. Walaubagaimanapun, bangunan tersebut masih belum dibenarkan diduduki kerana Sijil Layak Menduduki (CF) masih belum diterima.