Lawatan tapak
telah dibuat di Pangsapuri Perdana Villa pada 22/04/2010 berhubung aduan kebocoran
tangki utama yang menyalurkan air ke semua
unit petak.
Hasil daripada lawat periksa tersebut mendapati memang terdapat
kebocoran tangki utama tetapi sudah dibaiki oleh kontraktor yang dilantik oleh
pihak pengurusan Pangsapuri Perdana Villa. Penyebab berlaku kebocoran tersebut
adalah disebabkan oleh jenis dan bahan yang digunakan tidak memenuhi piawai
keselamatan dan jangka masa tangki yang digunakan hanya untuk 3 atau 4 tahun
sahaja. Saluran paip yang digunakan juga tidak dapat menampung tekanan air dan
berlakunya kebocoran. Tapak bagi meletakkan tangki juga sudah sedikit mendap
dan ini membahayakan kestabilan dan
kedudukan tangki air tersebut. Pihak pengurusan juga telah memaklumkan kepada
pihak kami yang menyatakan pihak pemaju akan membuat pengubahsuaian unit kedai
yang tidak dapat dijual kepada unit rumah.