14/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI REBANA







Lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Pelangi Indah pada 26/04/2010 bersama Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan.

Lawat periksa dibuat adalah bertujuan untuk pengumpulan data dan pemantauan kawasan strata. Hasil dari lawatan ke skim tersebut didapati kawasan pangsapuri dalam keadaan terjaga tetapi terdapat sedikit masalah seperti dinding di Blok A telah diconteng dan pagar di bersebelahan Blok A telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Sampah juga tidak dikutip oleh kontraktor yang di pertanggungjawabkan oleh pihak pemaju. Terdapat juga anjing liar yang berkeliaran di dalam kawasan pangsapuri tersebut. Tiada Pengawal keselamatan yang dilantik oleh pihak pemaju untuk mengawal keselamatan pangsapuri.