Satu
lawatan tapak telah dibuat di Amazing
Heights pada 23/06/2009
bertujuan untuk memeriksa dan memantau keadaan di apartment tersebut.
Hasil
lawatan dan pemantauan tersebut di dapati keadaan pangsapuri tersebut dalam keadaan
terurus dan kebersihan di sekitarnya juga terjaga. Selain itu, lawatan tersebut
juga turut mendapati lampu di sekitar koridor pangsapuri berkenaan tidak
ditutup pada siang hari. Dalam masa yang sama tinjauan mendapati terdapat kesan
pecah pada pintu yang terdapat di koridor akibat aktiviti vandalisme. Tempat
letak kenderaan motosikal yang disediakan juga didapati menggangu ketentaraman
penduduk yang berada di ruang bawah pangsapuri berkenaan.