Satu lawatan tapak telah dibuat
di Pangsapuri Desa Idaman 2 Jalan Dato Dagang 23, Taman Sentosa pada 5/1/2010.
Tujuan lawat periksa adalah
berkenaan aduan penghuni bernama Muniandy berhubung dengan ketiadaan rumah
sampah yang disediakan oleh pemaju. Selain itu, yuran penyelenggaraan bangunan
di naikkan dari RM30 ke RM60 untuk seunit rumah. Ketiadaan garis untuk parking
kenderaan. Pagar di sekeliling kawasan Pangsapuri juga tidak dibina oleh pemaju
menyebabkan orang yang bukan penghuni pangsapuri keluar masuk tanpa pemantauan.
Ketiadaan pengawal keselamatan juga menyebabkan banyak berlakunya kejadian
pecah rumah di kawasan tersebut.