Lawatan tapak telah dibuat pada
16/2/2011 berdasarkan aduan daripada salah seorang penghuni Vista Bayu
Apartment berkenaan kebocoran pada siling rumah dan mengalir ke dinding dan tempat
suis lampu. Hasil daripada lawatan tersebut
didapati pemilik rumah tiada di rumah dan pihak kami telah menghubungi pengadu
dan pengadu berada di Pulau Pinang kerana menghadiri kursus. Oleh itu, pihak
kami tidak dapat mengambil bukti berkeaan aduan tersebut dan tindakan susulan
akan di ambil setelah pengadu pulang.