Lawatan tapak bersama Y.B
Charles Santiago dan Ahli majlis Kawasan, En. Mat Irwan Bin Ismail telah dibuat
di Pangsapuri Taman Teluk Gedong Indah pada 24/01/2010 bagi meninjau
permasalahan yang di hadapi oleh penghuni di Pangsapuri Taman Telok Gedong
Indah.
Hasil daripada lawatan tersebut didapati keadaan pangsapuri dalam
keadaan yang tidak terurus dan banyak struktur bangunan yang retak dan apron di
sekeliling pangsapuri yang sudah pecah
dan ada struktur tanah yang telah mendap. Terdapat juga kebocoran pada paip
saluran kumbahan. Badan Pengurusan Bersama (JMB) juga telah diwujudkan pada
tahun 2008 dan tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Kerja-kerja penyelenggaraan
dan pengurusan bangunan tidak dibuat. Sampah pukal juga tidak di kutip oleh
pihak yang dipertanggungjawabkan. Wakil daripada penduduk memaklumkan kepada
pihak kami, mereka akan memanggil pihak media untuk membuat liputan berkenaan
masalah yang mereka sedang hadapi.