Satu lawat periksa telah
dilakukan pada 12.04.2011 berhubung aduan daripada salah seorang penghuni di
pangsapuri tersebut berkenaan kebocoran paip saluran kumbahan.
Hasil lawat periksa mendapati unit A-1-12 adalah unit kosong dan
merupakan unit yang terbiar. Pintu unit tersebut sudah dikopak dan dijadikan
tempat untuk membuang sampah oleh segelintir penduduk di situ. Pemerhatian
pihak kami, saluran paip kumbahan juga telah pecah dan menyebabkan air kumahan
daripada unit diatas melimpah ke unit di bawah. Pihak pengadu telah membuat
aduan kepada pihak pemaju, tetapi tiada tindakan atau maklumbalas yang
diberikan oleh pihak pemaju. Walaubagaimanapun, kutipan sampah adalah mengikut
jadual.