13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Pelangi Heights, Bandar Klang


Satu lawat periksa telah dilakukan pada 11/3/2010  berkenaan aduan di lokasi berikut :-

Pangsapuri pelangi Heights ;

Lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Pelangi Heights dan berjumpa dengan pengadu, En.Simon, unit petak 01-01-D. Di antara aduan yang beliau nyatakan adalah seperti :-
-     Tidak berpuashati dengan kos bayaran penyelenggaraan untuk mengalihkan palang di pintu keluar masuk yang berjumlah RM10,000 tanpa persetujuan semua penduduk dan AJK Badan Pengurusan Bersama.
-          Rumput / lalang tidak dipotong khuatir haiwan berbisa menghuni di sebalik semak samun.
-          Sampah dan daun kering yang gugur tidak di buang.
-         Lampu di tempat laluan koridor, tempat letak kereta dan di taman permainan kanak-kanak ada yang tidak berfungsi.
-     Pembersihan dan penyelenggaraan hanya dibuat apabila terdapat teguran dan aduan yang dibuat oleh penghuni.
-          Penutup tangki kumbahan najis pecah dan ada di antaranya dicuri.
-          Terdapat pokok-pokok yang telah mati dan hampir tumbang tidak diselenggara oleh JMB.
-          Ada terdapat ulat bulu yang pernah memasuki rumah.
-         Landskap di hadapan pintu utama tidak dijaga dan air kolam sudah berlumut dan ada sampah dan daun kering. Menjadi tempat pembiakan nyamuk.